Sejarah & Lirik Lagu Negeri Selangor

Bismillah,

Tahukah anda siapa pengubah lagu rasmi negeri Selangor? VS ada buat rujukan di beberapa portal dan menemui beberapa fakta-fakta penting yang boleh VS kongsikan di sini. Untuk pengetahuan anda pada tarikh 16 Februari 1967, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menerima lagu Duli Yang Maha Mulia sebagai lagu rasmi yang baru buat negeri Selangor. Lagu rasmi negeri Selangor ini telah digubah dan disusun oleh Encik Saiful Bahri.

Lagu ini diterima oleh Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor ke 8) pada tarikh 20 Februari 1967 dan telah dirasmikan pada tarikh 8 Mac 1967.

(Sejarah dan lirik lagu negeri Selangor)

Sebelum lagu Duli Yang Maha Mulia dijadikan lagu rasmi negeri Selangor , lagu rasmi negeri Selangor yang pertama adalah bertajuk Cantik Manis. Ia adalah sebuah lagu melayu yang dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke 5) bersama-sama dengan Raja Haji Bot.

(Sejarah dan lirik lagu negeri Selangor)

Lagu ini telah dimainkan bersama iringan ahli-ahli pancaragam yang terdiri daripada orang-orang Filipina dan tiga orang India. Pancaragam ini diketuai oleh orang Filipina yang bernama Daniel Ortega.

Lagu rasmi negeri Selangor yang kedua pula merupakan sebuah lagu yang berentak barat dan telah mula dimainkan sejak pada tahun 1908 lagi.

Lagu ini telah digubah oleh Daniel Ortega dan senikatanya telah disusun oleh Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Memandangkan lagu rasmi negeri Selangor yang kedua ini kurang mempunyai unsur-unsur seni Melayu, satu cadangan untuk mengubah lagu rasmi negeri Selangor telah disepakati.

(Sejarah dan lirik lagu negeri Selangor)

Pengubah lagu & lirik lagu Duli Yang Maha Mulia

Maka dalam mesyuarat Dewan Di Raja Selangor yang bertarikh 26 November 1963, Duli Yang Maha Mulia Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor ke 8) mencadangkan supaya satu lagu lain dipilih dengan cara membuat pertandingan.

Akhirnya pada tarikh 16 Februari 1967, lagu bertajuk Duli Yang Maha Mulia telah dipersetujui untuk diterima sebagai lagu rasmi negeri Selangor dan telah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

(Sejarah dan lirik lagu negeri Selangor)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *