Riadah Bersama Keluarga Di G2G Animal Garden, MAEPS Serdang

Bismillah,

Hari ini VC ingin membawa anda menuju ke Serdang, Selangor kerana di situ terdapat sebuah Petting Zoo yang terletak di MAEPS Serdang. Biasa dengar tentang G2G Animal Garden? Sebenarnya ni merupakan pertama kali VC membawa keluarga ke Petting Zoo, G2G Animal Garden walaupun jarak dari rumah tak lah jauh mana. VC pergi seawal 10 pagi, niat nak datang sebelum orang mulai ramai. Tapi tak sangka pula sesampai nya VC di sana, orang dah ramai beratur. Almaklumlah cuti umum, memang ramai ibu bapa turut mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka beriadah lebih-lebih lagi ke tempat tumpuan seperti Petting Zoo, G2G Animal Garden ni.

Best juga berada di sini, ada banyak haiwan dan aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga. Ada banyak lokasi haiwan yang boleh korang kunjungi seperti taman burung, rumah kucing, taman arnab, taman rusa, kandang kambing, ladang burung unta, rumah reptilia dan banyak lagi. Kawan-kawan VC kata haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden ini semakin banyak. Anak-anak pun seronok sebab boleh bagi haiwan makan, bergambar dengan haiwan, menunggang kuda, fish scooping dan macam-macam lagi.

Makanan haiwan-haiwan ternakan di Petting Zoo, G2G Animal Garden juga boleh dibeli di sana pada harga RM1 sahaja. Fish scooping pula RM5 (boleh bawa balik ikan) dan pony ride juga RM5. Actually kat Petting Zoo, G2G Animal Garden tak strict sangat. Anda boleh bawa bekal atau makanan untuk dibawa ke sana kerana di sana pun makanan untuk para pengunjung adalah terhad.

Untuk harga tiket pula, anda boleh lihat senarai harga seperti yang tertera di bawah ini :

Rate harga (MyKad)

Dewasa : RM20

Kanak2 : RM15

(Family package : 2 dewasa + 2 kanak-kanak = RM60)

Rate harga (Pelancong Asing)

Dewasa : RM30

Kanak2 : RM25

Waktu Operasi :

Weekdays 10 am – 6 pm

Weekend / Public holiday : 9.30 am – 6 pm

Jadi memang berbaloi kalau dapat bawa keluarga dan anak-anak sekali ke Petting Zoo, G2G Animal Garden ni. Selain meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak juga dapat belajar dan mempelajari tentang haiwan-haiwan yang ada di Petting Zoo, G2G Animal Garden. VC memang recommend Petting Zoo, G2G Animal Garden sebagai lokasi riadah bersama keluarga. InsyaAllah kalau ada peluang memang VC akan bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini.

Sama-samalah kita berdoa agar pandemik covid-19 ini segera beransur pulih dan kita boleh beriadah kembali bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

#vocabselangor #pusingselangordahulu #iniselangorkita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *